Tuesday, December 13, 2011

13.12.11 Our 3rd Anniversary

ini serius!!(nada wonderpets)
Happy 3rd Anniversary to us! Dah 3 tahun rupanya sejak lafaz ' aku terima nikahnya ' . Alhamdulillah, berdua tu kan lebih baik, ditambah dengan kelahiran Aqeel Ashraf makin berseri-seri rumahtangga.
Semoga jodoh kami hingga ke syurga. Aminnn

Tuesday, November 22, 2011

221111

harinih Aqeel Ashraf genap 1 tahun 4 bulan~ he's a wonderful child, always makes me smile. He walks at 1 yr 2 months old & now he can speak simple words likes 'nak', 'mama', 'papa','toto- motorcycle','pang-abang', 'abah','mak' and the list go on. Sangat comel bila dia poo-poo, surely akan tarik tangan mummy & ajak pegi toilet kat dapur :p Bila mummy kata 'where's your towel? go get your towel' dia akan masuk dalam bilik & tarik towel kat tempat sidai tuala tu.
He loves to read with his own language, imitate ayam berkokok & suka paksa mummy 'mengiau' & buat bunyi puppy when he points at picture of cat & puppy.
Oh so shomeelll bila dia jalan terkedek2 & cuba nak kayuh basikal roda tiga. Dia boleh berjalan segenap ceruk dalam rumah & sweating a lot just like mummy! hahaha.. The worst part is when he is sweating, rashes akan naik kat dahi, dada & bahu belakang. Pity Aqeel, how I wish rashes tu pindah kat mummy~ huhuhu
Mummy & Papa loves u sooo much! muahhh

Thursday, November 17, 2011

Bujang Polka Dot Dot Dot Dot

Aidiladha sudah berlalu ~ tema kitorang harituh adalah kaler light pink sebab papa ada baju melayu kaler soft pink..Jadinya mummy & aqeel 'I follow~ ' je laa :D
Masa berjalan-jalan di Pasar Karat @ Pasar Gila @ Car boot sales (takde pon orang jual kat boot kereta, suma pakai kemah je) kat Stadium Shah Alam tu, ada laa satu gerai ni jual japanese cotton. Sangat berkenan di hati ku ini jadi teruslah segera membeli 4 meter untuk mummy & 2 meter untuk Aqeel. Hasilnya?? tadaaa
shomell tak saya?
Jadilah sepasang baju melayu Johor..memang puas hati kain jenis nih sangat sejuk & Aqeel boleh maintain ensem & shomell pakai baju melayu dari pagi hingga ke petang. Tapi yang tak boleh blah bila balik kampung uwan sepupu sepapat yang dah lama tak jumpa menyangkakan Aqeel adalah gegurl! Aishh..terpaksa laa mummy menerangkan 'Aqeel ikot perkembangan fesyen sekarang' wakakaka sian Aqeel menjadi mangsa :p
Rasanya Aqeel jadi lebih jambu bila rambut dia panjang, kat gambar nih mummy tolak rambut depan tu ke tepi sebab dah nak masuk mata. Apa tak nya, Aqeel cukur kepala jadi booolat masa umur 20 hari, lepas tu mummy takde gunting dah kecuali sekali je, tu pon rambut depan jugak! Yang lain tak gunting lagi pon.
Ok la nanti sambung citer Aqeel di kedai gunting rambut pulak ~ Akhir kata, SAPA KATA LELAKI TAKLEH PAKAI POLKA DOT?? hahaha

Thursday, October 27, 2011

Recycle!!

Hari isnin lepas adalah hari pecinta bumi bagi aku & family..hehe..taklah sebenarnya hari mengemas rumah..Botol-botol plastik air mineral sangat banyak kat rumah hokayy..Sebabnya? Kitorang beli & minum air mineral Giant setiap hari. Bukan sebab malas nak masak air, tapi sejak balik Malaysia lepas grad dulu aku takleh nak minum air paip masak gitu-gitu je..ngengada plak kan? hahaha..Bukan apa, dulu awal 2008, awal-awal masuk keje kat Proton dulu aku selalu MC.Demam la, batuk la..Kaji punya kaji, rupanya air paip yang dimasak tu berkeladak..Aishhhh..terus tukar minum air mineral je, kalo tak cap Giant, cap TESCO..memana yang murah laa..
Berterusan lah sampai dah anak sorang nih. Kenapa tak beli filter air? Haa...aku dok rumah gomen je, dulu rumah sewa..malas plak nak beli filter, nanti nak pindah kena panggil orang service tu untuk pasang kat rumah baru. Leceh, nanti ada installation fee.. :p
Dulu kat saujana putra, aku buang je botol mineral tu, skang dah kedekut. Tak mau kasi kat cleaner..hehehe..hasil pengumpulan 6 bulan, dapatlah selonggok botol mineral yang aku penyek2 kasi senang nak angkut. Hasil jualan dapatlah RM5 je? Heh, cukuplaa tu, buat tambah duit tabung Aqeel. :D Lepas nih kumpul lagi agak-agak dah setengah tahun baru pegi jual ek :D

Thursday, October 20, 2011

Dunia Oh Dunia~

Semakin kejam & tak berperikemanusiaan langsung. Sekarang tgh 'HOT' dengan isu buang anak & juga video dari China tentang seorang budak 2 tahun yg dilanggar lari. Masyaallah..tak sanggup nak tengok gambar mangsa. Bermula dengan kes buang anak dari tingkat 5 Pangsapuri Setul, lepas tu tak cukup di buang baby tu di kelar pulak tu kes kat bentong..Ada plak kes langgar lari kat China tu..Nauzubillahiminzalik, jauhkan la semua tu dari keluarga ku.
Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat, kes buang anak banyak bila bulan 10 & bulan 4 iaitu 9 bulan lepas new year & perayaan merdeka. Isk isk..kes tengok konsert pastu takleh balik pastu overnight pastu pastu...dah 9 bulan keluarlah 'hasil'..huhuhu..sian baby yang tak berdosa tu..kalau tanak anak tu, sila lah bagi pada ramai lagi pasangan yang nak sangat anak. Semoga mereka mendapat balasan yang setimpal, kalau tak di dunia, di akhirat nanti ~ Lu pikir la sendiri!

Monday, October 10, 2011

bapak sialan liwat baby umur 23 hari

haisshhh..sialan sungguh oarng ni..tergamak liwat baby sendiri, dalam pantang plak tu..elok hukum bunuh je..nih mesti gara-gara makan pil kuat segala macam dalam cerita Soffiya TV3 tu kan..takleh nak imagine laa orang camni sanggup & tergamak nak buat camtu kat anak sendiri, baby plak tu yang tak berdaya nak melawan..huhu
nak baca pasal berita nih, klik kat http://www.harian-metro-online.com/liwat-bayi-23-hari

Monday, October 03, 2011

DEMI CINTAKU PADAMU~~

Pernah dengar lagu rock kapak ni?
'Demi cintaku padamu,
ku korbankan jiwa & raga,
ke hujung dunia ke bintang kejora~

wah wah wah..sampai  ke hujung dunia gtewww..heh..tu sebelum kawen, lepas kawen jangankan ke bintang kejora, ke hujung dunia pon sampai separuh je agaknye..hahaha

pagi nih tengok fb ada plak yang share kan link nih.. BERSANGKA BAIK DEMI CINTA~ yeszaaa

1.  FOKUS pada TANGGUNGJAWAB, bukan MENUNTUT HAK!


Punca hati tidak tenang dan hilang kebahagiaan dalam hidup kebanyakannya manusia ialah perjuangannya untuk mendapatkan hak. Manusia sering marah dan mengeluh dengan berkata, “aku sepatutnya tidak dilayan begini.” Dalam kebanyakan situasi, kita sering tidak mendapat apa yang kita jangkakan dan harapkan. Betul bukan? Selagi kita hidup kita akan alami pelbagai situasi yang mana susu yang kita berikan tetapi tuba kita terima sebagai balasannya.



Di dalam rumah tangga jangan mengharapkan kesempurnaan pada pasangan kita. Bunga yang kita berikan, jangan mengharap bunga sebagai balasannya. Tetapi apakah kerana tidak mendapat balasan lalu kita berhenti menghulurkan kebaikan? Jangan! Fokus pada tanggung jawab – sebagai suami atau isteri kita dituntut oleh syariat untuk melaksanakan tanggung jawab. Tunaikan hak pasangan kita itu lebih utama daripada kita menuntut hak kita. Ah, apakah ini bererti kita akan terus menjadi mangsa?



Jawabnya, tidak. Kita akan lebih tenang, percayalah. Adalah tidak bijak untuk terus membuang masa dan tenaga memikirkan tentang apa yang sepatutnya berlaku berbanding apa yang perlu dan patut kita lakukan? Ramai orang terseksa dengan kekecewaan dan geramkan pasangannya yang sepatutnya berbuat begini atau begitu… Pada hal, pemikiran yang negatif itu akan memburukkan lagi keadaan. Yang penting fokus kepada apa yang aku boleh lakukan untuk melaksanakan tanggung jawab ku.



Katalah dalam satu pertelingkahan dan kita berada di pihak yang betul dan benar, itu pun bukan jaminan untuk kita dimenangkan dan dibenarkan. Acap kali pihak pasangannya kita terus berusaha menegakkan benang yang basah. Apatah lagi bila egonya tercabar. Lalu sikap kita bagaimana? Jangan berterusan menuntut hak. Jangan memendam rasa dengan mengecam bahawa keadaan itu tidak adil. Ingatlah, berterusan memperjuangkan kesempurnaan dalam dunia (termasuk rumah tangga) yang tidak sempurna ini hanya akan menjerumuskan kita ke lembah dendam, marah, kecewa dan kemurungan.



Rasa-rasa yang negatif ini akan ‘menyedut’ tenaga, keceriaan dan akan menyebabkan kedutan pada wajah kita. Kesannya, kita akan ditarik ke belakang. Malah kita akan ditolak ke lorong yang salah dalam kembara kehidupan yang penuh ujian ini. Untuk bergerak ke hadapan dan terus memburu kemajuan dalam diri agar lebih bahagia dan tenang dalam hidup… kita perlu tinggalkan segala keegoan, kepentingan, ketakutan dan sikap tidak memaafkan.



Semua itu hanya boleh dicapai apabila kita fokus kepada tanggung jawab dan selalu berfikir tentang apa yang perlu aku lakukan berbanding dengan apa yang sepatutnya dia (pasangan kita) lakukan. Tumpukan kepada apa yang boleh kita kawal, yakni tanggung jawab kita bukan pada sesuatu yang di luar kawalan kita yakni hak kita yang ada pada kawalan pasangan kita.



Ironinya, mereka yang berjaya melaksanakan tanggung jawab dengan baik sering mendapat haknya sebagai balasan. Dan kalau mereka tidak mendapat balasan daripada pasangannya pun, Allah akan memberikan ketenangan dalam hati mereka seperti mana ketenangan yang dirasai oleh Siti Asiah isteri kepada Firaun.



2. Sering berdamping dengan orang yang POSITIF!

Siapa kita lima tahun akan datang dicorakkan oleh dengan siapa kita bergaul dan buku apa yang kita baca. Begitu ditegaskan oleh orang bijaksana. Dengan siapa kita meluangkan masa kita sangat menentukan sikap kita. Kata pepatah, burung yang sama bulu akan terbang bersama. Rasulullah s.a.w menegaskan, agama seseorang ditentukan oleh temannya.
Justeru, berhati-hatilah memilih orang untuk kita dampingi. Jauhkan ‘toxic people’ yang sering menusuk jarum-jarum umpatan, adu domba dan rasa pesimis dalam melayari kehidupan berumah tangga. Pernah kita jumpa orang yang sentiasa mengeluh? Asalkan berjumpa sahaja mulalah dia mengeluh tentang badannya yang tidak sihat, dia sering ditipu, dia dilayan dengan buruk sampailah ke rumahnya yang sempit… Apa yang anda dapat daripada orang yang begini?

Oleh itu jika jiran, teman atau kenalan kita ialah dia yang tidak ‘melahirkan’ sesuatu yang baik dan positif daripada diri anda, mengapakah tidak kita buat sedikit perubahan atau penyesuaian? Kita berhak untuk meletakkan satu jarak yang agak jauh untuk tidak dijangkiti oleh sikap negatifnya. Ingat, teman rapat kita ialah mereka yang membantu kita mengeluarkan yang terbaik dari dalam diri kita. Kaki umpat, mengeluh dan menghasut hakikatnya bukan sahabat kita walaupun kelihatan dia baik dengan kita! Ingat pepatah Melayu lama – sokong yang membawa rebah.

3. Jadikan MASA SEKARANG sebagai masa yang GUMBIRA!! lalalala...

Jika orang bertanya bilakah masa yang paling gembira dalam hidup berumah tangga kita, jawablah, “sekarang!” Usah berpaling ke belakang dengan mengatakan semasa mula-mula kahwin dahulu atau melangkau ke masa hadapan dengan berkata, “bila anak-anak sudah besar dan hidup lebih stabil.” Dengan berkata demikian kita telah ‘membunuh’ potensi hari ini.
Ya, memang kita mula-mula kahwin dahulu kita gembira, tetapi rasa gembira itu hanya pada waktu itu. Dan waktu itu telah berlalu. Kita hanya hidup pada masa ini bukan pada masa lalu. Justeru, jadikanlah masa ini masa yang paling gembira. Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu. Inilah yang dipesankan oleh Rasulullah s.a.w, jika kamu berada pada pagi jangan menunggu waktu petang dan begitulah sebaliknya. Kita hanya akan meletihkan diri sendiri jika cuba hidup dalam tiga masa – semalam, hari ini dan esok!

Jangan biarkan tragedi masa lalu menyengat kita berkali-kali dengan mengenangnya selalu. Sebaliknya, carilah pengajaran yang kita dapat daripadanya dan selepas itu terus lupakan. Juga jangan sentiasa diingat-ingat saat gembira masa lalu kerana itu hanya memori dan itu bukan lagi realiti yang sedang kita hadapi masa kini. Sebaliknya, carilah apakah ‘resipi’ yang menghasilkannya dahulu dan mari dengan itu kita ciptakan kegembiraan baru hari ini!

4. Cari jalan untuk MENGATASI STRESS!

Stress akan menyebabkan keletihan dalam pemikiran dan perasaan yang lama-kelamaan akan membentuk sikap yang negatif. Oleh itu para suami atau isteri mesti menemukan cara untuk mengawal stres. Antara kaedah terbaik ialah dengan melakukan aktiviti fizikal, hobi atau minat kita. Boleh jadi dengan berkebun, menenun, membaca, berjoging atau bersukan. Lepaskanlah geram, kecewa dan marah kita kepada aktiviti yang menyihatkan dan menceriakan.
Jangan tahan jika anda hendak ketawa, berlari atau melompat sepuas-puasnya. Bebaskan diri daripada belenggu tekanan dan masalah yang menghantui hidup anda. Dengan aktiviti yang aktif dan perlakuan yang memerlukan konsentrasi mental, fikiran, jiwa dan emosi kita akan melalui tempoh ‘pause’ atau istirahat. Lupakah kita bahawa Rasulullah saw berlumba lari dengan isterinya?
Ini akan memberi kekuatan untuk kita meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Kita akan dapat melupakan seketika masalah yang kita hadapi… bukan untuk eskapisme tetapi untuk kembali menanganinya semula apabila jiwa kita segar, fikiran kita tenang dan emosi kita telah kembali stabil.

5. Why so SERIOUS??

Kehidupan berumah tangga ialah sesuatu yang serius tetapi perlu dijalani dengan tidak terlalu serius. Jalanilah kehidupan dengan sedikit gurau senda dan berhibur. Siti Aishah pernah meletak dagunya di bahu Rasulullah s.a.w untuk melihat tarian orang Habsyah. Hiburan umpama garam dalam masakan. Tidak perlu terlalu banyak, tetapi cukup sekadar keperluan untuk memberi rasa yang enak. Ya, sedangkan Rasulullah s.a.w lagikan bergurau dengan isteri-isterinya, mengapa kita tidak?
Memang banyak perkara yang penting dan kritikal perlu kita selesaikan, tetapi itu tidak menghalang daripada kita berjenaka dan bergurau senda seadanya dengan pasangan kita. Insya-Allah dengan unsur-unsur humor dalam rumah tangga kita, hubungan kita suami isteri akan lebih kukuh dan kita akan mampu bergerak lebih jauh untuk menghadapi cabaran dalam rumah tangga. Ternyata mereka yang menangani kehidupan dengan ceria menjadi individu yang lebih berjaya menyelesaikan konflik dalam berumah tangga seterusnya membina rumah tangga bahagia.

Apabila rumah tangga kelihatan malap atau ‘sindrom bisu’ mula melanda, cepat-cepatlah ubah suasana luaran itu dengan mengubah suasana dalaman kita dengan empat cara yang dicadangkan ini. Insya-Allah, yang penting bukan apa yang kita lihat tetapi bagaimana kita melihatnya. Orang yang positif akan sentiasa melihat sisi positif pada pasangan dan keadaan yang sedang dihadapinya… Mereka sahaja yang layak bahagia kerana sentiasa berfikir untuk membahagiakan orang lain. Sebaliknya orang yang negatif, hanya akan menyeksa dirinya dan membosankan pasangan hidupnya!

Kesimpulannya, bersangka baiklah walaupun kekadang keadaan tidak sebaik yang kita sangkakan. Bukan menafikan realiti, tetapi demi ketenangan hati. Orang yang buruk sangka akan tersiksa dua kali, pertama oleh sangkanya atas keburukan yang belum terjadi. Kedua, oleh derita hatinya apabila yang buruk itu telah benar-benar terjadi.

Apabila kita bersangka baik, hati akan menjadi lebih tenang. Kita punya tenaga dan upaya untuk menghadapi ujian hidup apabila kita hadapinya dengan tenang. Ya, mungkin kita tidak mampu mengubah keadaan, tetapi sekurang-kurangnya kita punya kekuatan untuk menghadapinya. Pada hal yang buruk dan sukar itu kekadang hanya seketika, atau boleh jadi yang buruk itu… tidak buruk sama sekali. Ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Ada kebaikan yang tersembunyi di belakangnya. Begitulah hidup… satu siri misteri yang tidak dapat ditebak dan diduga. Pernah kita membayangkan suami atau isteri kita yang ada ini sebelum ini? Kebanyakkannya tidak! Bercinta dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain. Itulah misterinya takdir…

Apa yang perlu kita lakukan… bersyukur dengan apa yang ada. Bila bersyukur Allah tambah nikmat. Bersyukurlah dengan pasangan yang ada, Insya-Allah, Tuhan akan menambah kebahagiaan kita. Kalau dia tidak berubah perangai, kita pula yang Allah kurniakan kesabaran untuk menghadapi karenahnya. Itu juga satu anugerah bukan? Ya, kata bijak pandai, “jangan minta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”

SOURCE : http://genta-rasa.com/2011/09/08/bersangka-baik-demi-cinta/

dah baca? hah, bagi aku yang baru 2 thn ++ kawen nih, memang banyak cobaan & menguji kesabaran. Memang tak senang nak memuaskan hati orang, even aku sendiri pon selalu rasa tak puas hati. TETAPI, ingatlah wahai teman, jangan lupakan TANGGUNGJAWABmu....huhu..peringatan untuk diri sendiri~ BE POSITIVE! Insyaallah, Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar~~
Alhamdulillah, setakat nih boleh handle lagi masalah~ tarapapapa!! haha..cuma untuk kurangkan stress tu, aku makan supplement dari Shaklee..B complex memang baik untuk menambah tenaga & bagi mood 'gumbira' sepanjang hari..stress hilang, badan penat, otak pon cerdas! ehh..satu lagi, production susu pon maintainn gitewww. :P

Thursday, September 29, 2011

Teamviewer..apakah???

ok nak ceciter sket pasal software nih. Diperkenalkan oleh en.halil yang datang sama dalam kursus DACUM ni. Software ini amat berguna jika working in a group, dan perlukan perbincangan & edit dokumen. Lebih kepada PnP (peer to peer) sharing. Gunakan encik google utk software. Free software sajer~ layanz


 


DACUM vs DASCUM

DACUM (Develop a curriculum) adalah proses yang dibuat untuk membangunkan NOSS oleh JPK. Di adaptasi dari teknik yang diguna pakai di USA. Melibatkan beberapa sesi iaitu sesi pembangunan NOSS(National Occupational Skills Standard), LWA, COS(Course of study) & WIM(Written Instructional Material).

DASCUM (Develop a standard & curriculum) adalah proses BARU yang dibuat untuk menambahbaik sistem DACUM yang sedia ada.Proses yang dah diubahsuai adalah produk Malaysia berdasarkan sistem DACUM yang telah diamalkan. Proses diringkaskan kepada 2 sesi sahaja iaitu

1. Sesi pertama – melibatkan expert panel, dokumen disediakan adalah JPC(Job profile chart) & CP (Competency profile)

2. Sesi kedua – melibatkan expert panel & pengajar, dokumen disediakan ialah CoCU (Curriculum of competency unit)

Proses DASCUM dibangunkan mengikut level, bukan lagi mcm dulu dimana semua level yang terlibat dibangunkan secara serentak.

Personally, I prefer DASCUM sebab dalam zaman teknologi yang cepat berubah pendekatan ini adalah yang terbaik. It's centralized & lebih menjimatkan masa kerana selepas sesi kedua tamat, jabatan boleh terus bersedia dengan WIM. Disamping itu, dalam Job profile chart yang dibangunkan semasa sesi pertama mempunyai core & elective skills yang diperlukan untuk menjadi seorang yang competent dalam bidang tersebut. Isi kandungan dalam DASCUM boleh digunakan terus untuk dijadikan modul bagi industri & bagi pelatih digunakan untuk pelajar belajar SKM dari tahap 1 hingga 5.

wahahaha..masuk pulak bab kerja. saja nak ceciter nanti boleh jadi reference bila terlupa^^

Wednesday, September 28, 2011

KURSUS SANA SINI

KURSUS PEMBANGUNAN DAN FASILITATOR DACUM SIRI 12/2011

Kursus ni berlangsung dari 25-30 September 2011 di Hotel Crystal Crown Harbour View, Port Klang. Memula macam blury, tapi bila dah dengar taklimat baru tahu apekah kursus ini. Korang penah dengar NOSS? bukan NOSE ye!

Bagi yang terlibat dengan industri skills training provider, NOSS bukanlah satu nama yang asing. NOSS adalah singkatan dari National Occupational Skills Standard yang menjadi panduan mengenai pekerjaan & kemahiran yang sesuai. Bila bangunan NOSS nih expert panel dari industri akan di panggil bagi semua input yang terlibat & seorang fasilitator yang berkemahiran akan bertanggungjawab untuk membimbing expert panel nih tentang sistem dalam NOSS.
Ok enuff say about kursus. Mummy berulang alik dari rumah ke hotel sebab
1. Tak jauh sangat
2. Tak bleh tinggal Aqeel..sian anak mummy :p
walaupun bilik agak best, ade bath tub n swimming pool, mummy balik gak rumah sebab home sweet home..ecehhh

pssttttttttt....stok EBM ku kembali pada normal. Alhamdulillah..ada lagi rezeki Aqeel :D

Monday, September 19, 2011

lagi cter bestday + open house raya!!

owh cuti 3 hari seronoknye!! Open house di sana sini~ tahun nih tak ada plan nak buat open house sebab malasss...hahaha..macam takde mood nak organize ..takpe tahun dpn ada lagi insyallah...
jumaat lepas g open house kat kuartes nih pegi seremban plop, sempat round 3 buah rumah..suma member papa~ hari sabtu plop lepas g hq shaklee kat empire subang, kitorang serbu bestday party + open house kat rumah hani di putra heights..
sungguh comel decoration utk bestday boy, Aarief Danish..sebenarnya aarief lahir sehari lepas Aqeel...kira sebaya laa diorg berdua nih..
shomelll & best laa combination hijau + biru..
aarief adalah 'kipas susah mati' pocoyo, jadi tema diorg adalah pocoyo laa~
mummy Aqeel & mummy Aarief
birthday party yg sangat meriah & besh! Aqeel seronok main icing kat cupcakes shomeell :D Decoration oleh http://creativegeniusprints.com/blog/ . Boleh buat customized based on our request..Menarikss
balik dari putra height, kitorang balik rumah kemas barang & zassss pegi batang kali + rawang plak..gi rawang untuk hantar vits shaklee utk abang sulung..mudah-mudahan dimurahkan rezekinya dengan zuriat..insyaallah..sama-sama doa untuk dia okehh

Monday, September 12, 2011

Happy birthday to us! saengilchukha chukha~ :p

Alhamdulillah masih di beri nafas utk hidup di bumi Allah SWT selama 28 tahun.. uiks? ulang balik? 28 tahun..wahahaha..banyak nyeee~ lagi 2 tahun nak masuk 3 series :p
Apapun, tahniah kepada my twin sister http://ultramin12.blogspot.com/ yang telah selamat melahirkan baby boy pada 11/9/2011..dapat hadiah besar katanya, 'kek' seberat 3.6kg! haha..tak berjaya dia nak lahir secara normal, terpaksa melalui pembedahan gak.. kitorang adik beradik perempuan ada 5 orang, sorang je yang berjaya melahirkan anak secara normal, tu pon sebab anak dia dedua perempuan. Yang 4 orang lagi ni (termasuk laa saye!!!) sebab anak lelaki kena lahir secara ceaser!Adik ku ini gak mengambil set Shaklee juga untuk berpantang memandangkan percubaan aku utk kurus tak berjaya dengan set bersalin *R..huhu..yang bestnya, dah sebulan lebih makan shaklee nih aku telah berjaya menurunkan berat sebanyak 3kg..dari 75kg(sebelum bersalin) berat turun 65kg selepas bersalin. Pastu menten sampai laa aku jumpa shaklee..hehe..skang target nak sampai 55kg :D 10 kg to go! Aja! Aja!
Hadiah bestday papa dah bagi mummy sebelum raya lagi..muhehee..mekasihh papa :p Terima kasih juga sebab belanja makan tadik kat Secret Recipe Jusco Bkt Tinggi..Gambar takde sebab ntah napa Aqeel terlebih minum susu dia bantai muntah plak sebelum makanan sampai..Kira tu hadiah birthday Aqeel utk mummy laa erk :p

Friday, September 02, 2011

Selamat Hari Raya!!

Selamat hari raya semuaa!! Owh raya tahun nih kitorang sekeluarga beraya macam biasa di Negeri Sembilan. Kampung mummy & papa sebelah2 je, kejap lari sana, kejap lari sini..sampai along kata kitorang ngelat buat keje..hahahaha..tak kisah laa..
Yang tak best pasal baju raya..sadis sungguh kisahnya gara-gara tukang jahit yang tamak haloba..isk! lain kali kalau tak mampu nak siapkan tempahan, bagitau awal-awal supaya boleh laa kitorang buat backup lain..Ni tak berdalih-dalih dengan memacam alasan, nak pendekkan cerita pagi raya pukul 6 pagi baru dapat. Tapi bukan baju dah siap, dapat kain pasang tu tak berusik langsung! huh..teruk betul laa. Spoiled mood mak nak beraya tau!
Lepas gi ziarah kubur arwah ayah, kitorang balik rumah papa plak..Di sebabkan family in law nak balik kampung diorang kat perak, mummy & papa balik semula ke rumah..hehe..
Tragedi di hari raya adalah punya laa beria mak masak pagi raya tu lontong & kuah kacang, jadi basi plak lontong tu lepas maghrib..huhu..Tu mummy punya pasal sebab tak panaskan lontong tu sampai menggelegak..Nak cover line punya pasal, remain silent laa~ at last kantoi gak..hihi
'Hari raya tak boleh marah-marah kan!' :P Gambar raya upload later k!
Yang bestnye, mummy dah loss 3 kg..weeee~~ n spare tyre pon dah loss 2 inch :p berkat makan shaklee set B + lecithin laa nih...gumbira nyeeee~

Monday, August 22, 2011

Mummy, Aqeel & Shaklee

haa..apekah tajuk tu? :p
ceriteranya bermula apabila aqeel berumur 11 bulan ++ gitu...stok EBM udah abes ya kak! Puncanya adalah kerana mummy asyik termissed pumping session. Bz kalah menteri gituu!! heh . Aqeel plak masa tu tak tau la growth spurt ke ape, minum 15 oz sehari. Kalau menyimpan pepatahnya 'sikit sikit, lama lama jadi bukit', tapi kalo stok EBM plak 'sikit sikit amek stok, lama2 stok membukit jadi padang gondol'..huhu gitu lah ceritanya~
Lepas tu mula laa menggelabah mencari milk booster. Antaranya

1. Air longan @ air mata kucing (bukan mata harimau!)
nih yang fresh..yg ku beli cuma dalam tin sajorr..
2. Soya
Bergelen2 udah ku minum..tempe pon makan juga hari2 kat kedai nasi lemak
3. Barli
Air barli sodap..nih pon banyak gak minum


4. Alfalfa
Ni la alfalfa sprout. Rasa macam taugeh, tapi lagi halus..skali je beli pastu tak lalu makan dah!
5. Lobak putih
Buat sup campur dgn ikan bilis + kiub ayam, tapi lelama tak bley makan sudahhh
Memula memang berkesan, tapi lelama dah immune..jadinya tak berkesan dah. Hati pon makin risau gundah gulana memikirkan apekah solution utk menambah susu buat si Aqeel ku yg comel lagi manja~ Akhirnya, dengan pertolongan pakcik gugel, terjumpa lah si SHAKLEE nih..
Sebenarnya lama dah baca pasal shaklee nih tapi rasa cam tak perlu & ingatkan harga mahal giler..Memanglah ada makan vitamin gak, tapi cap Blackmore, bukan cap ayam ye.. Memang amek kalsium, fish oil & vit C, sumanye cap Blackmore nih.. Tapi, setelah mencuba set B (breastfeeding) si Shaklee nih, terasalah perubahan diri ini..(ayat tak bleh blah!)
Serius woo..sebelum nih memang susah  nak bangun pagi, tapi lepas beberapa hari consume badan terasa segar bangun pagi pon takde masalah. Lunch time, boleh balik kemas2 rumah..dan yang paling penting, EBM menjadi likat pekat kekadang ade kaler kehijauan sket akibat pil alfalfa neh (bukan pil kuda ye kekawan)
Lepas try set B terasa perubahan, teringin plak nak makan ESP (Energizing Soy Protein) sebab bulan ramadhan bakal menjelma. Memula bancuh dengan air begitu sahaja, rasanya pergghh tak sodap! Tapi lepas dapat menu yang sesuai digandingkan bersama ESP nih, memang tak lengkap hidup sehari tak merasa ESP neh. Ok laa..ape rupanye si Shaklee nih, sila tgk gambar di bawah okk
Ni la dia full set B nih
Harga? tak laa mahal sgt kalo dah dibahagi dengan jumlah hari consume semua supplement nih..Kalo nak boleh pm ataupon kalo rajin nak gi beli sendiri kat HQ Shaklee kat Empire Subang sana tu boleh email aie012@gmail.com. Sambil soping2 raya boleh singgah takde hal :p okehh

Eh lupa plak..Hari nih Aqeel Ashraf Bin Salehudin chenta hati penyejuk mata nih udah 1 tahun 1 bulan! Alhamdulillah terima kasih Ya Allah..Mudah-mudahan murah rezeki Aqeel & dipermudahkan perjalanan hidupnya sentiasa mendapat keberkatan dari Mu..Aminnnn

Sunday, August 07, 2011

hari ke 6 di bulan ramadhan

alhamdulillah diberi kesempatan bertemu ramadhan tahun ni. Tahun lepas masa ni sedang berpantang,tengah stuggle untuk sesuaikan diri menjadi mummy :p
Honestly,puasa tahun lepas tak habis berganti lagi.Sebab apa? Sebab tak tahan lapar sangat memandangkan masih lagi fully bf n aktif mengepam di pejabat.
Tapi alhamdulillah setelah mummy jumpa something,masalah settle~ boleh puasa sudah! :p

Saturday, August 06, 2011

testing

percubaan utk menghapdate dari nokia e71.semalam cuba tak berjaya plak..adess sejak aqeel udah setahun ni susah nak blogging kat rumah sebab dia makin lasak n perlukan 100% attention.malam plak tido nak polok2 alahai si bujang sayang ni..sementara kecik ni la boleh nak gomol2 dah besar nanti dia segan plak kan :p

Friday, July 22, 2011

Happy birtday my lil prince!

Aqeel Ashraf dah setahun! Terasa cepat masa berlalu, pejam celik pejam celik dah besar anak bujang nih!
So far, his milestone is normal just like another baby
1. He can bye-bye when we say 'Aqeel, bye~'
2. He can points her little finger to anything/anywhere he wants; if he wants to sleep he'll just point this finger to our bedroom
3. He can say 'pa-pa','de-de' n even say 'ma-mih' when he's mad..hahahhaa
4. He's not a picky eater. Buah, sayur, nasi suma makan!
5. He has 6 gigi - 4 kat atas (besar macam arnab!), 2 kat bawah
6. He understand when we call his name
7. He will jerit/nangis terus when we take something from his hand
8. Tido lambat n bangun bila terasa mummy takde~ haissh manja btol!
9. Still fully breastfeeding. Insyaallah will continue until he turns 2..
10. Aqeel dah boleh berjalan, with a support from furnitures, bakul kain & dinding. Dia tak berani lagi nak lepas tangan~ takpe, mummy can wait :D

lagi tak ingat dah. :p yang penting he's growing stronger, smarter & healthier day by day ^^ mommy & papa loves u very much!
Aqeel Ashraf 1st passport photo. Taken when he was 11 months old

Wednesday, May 25, 2011

owh bersawang nye~

Lama sudah tak update, bz sesangat, eh org lain pon bz jugak :p

Aqeel sudah 10 bln 3 hari :D semakin bijak & banyak akal & lasak dan juga makan banyak!
Alhamdulillah dia masih lagi fully bf, cuma mummy kena lebih berusaha utk tidak skip jadual supaya stok sentiasa cukup.

Baru-baru nih saja2 cuba nasib dapat pulak menang Snuggbaby cloth diaper giveaway~ walla! teruja sekejap bila dapat cloth diaper. Sebenarnya dah lama nak cuba guna CD, tapi nak master pasal BF dulu. Sekarang mungkin dah boleh cuba-cuba giteww.. Based on info yang dapat, memang menjimatkan guna CD nih. Tapi hubby kata, kalo dah mula guna CD, mummy bawak trend baru plak dlm family. Sebenarnya mr hubby cakap camtu sebab bila mummy dah berjaya (setakat nih) fully BF Aqeel, semua adik beradik & in law pon nak buat jugak! Berusahalah sebab BF adalah sesuatu yang menguntungkan semua pihak walaupon kadang-kadang rasa letih jugak.

Berbalik kpd Snuggbaby, dah lama aku admire dgn hasil kerja dia. Nak tgk? http://www.snuggstudio.com/
Berkenan sgt2 dengan design baby carrier. Punca berminat dgn baby carrier adalah sebab Aqeel tak sepanjang masa nak duduk dalam stroller kalau gi jalan-jalan. Letih jugak nak mendukung dia dengan berat 7.7kg. Naik muscle lengan :p Dengan adanya carrier nih, Aqeel pon boleh tido dengan lena, aku plak selesa je nak bawak. Tapi yang dibeli harituh bukanlah dari snugg nih sebab urgent sangat nak guna, terpaksa beli dari jumpsac baby. Kalau ada rezeki lagi, nak je beli lagi satu dari snugg plak.. Berbaloi walaupon mahal sket sebab boleh pakai sampai 3 thn :D Nanti bila senang aku upload gambar Aqeel using this baby carrier. OK~ da..

Monday, February 14, 2011

resepi makanan aqeel

Alhamdulillah, Aqeel makin serasi n ok tinggal dengan pengasuh baru. Cuma masa nak tinggal kena alihkan pemandangan dia supaya tak nampak mummy nak tinggalkan dia kat situ *aishh sungguh manja anakku ini.
Harini Aqeel genap 6 bulan, 3minggu & 2 hari bermakna udah 3 minggu dan 2 hari la aqeel makan. Sungguh seronok suapkan dia makan sebab selera sangat ^^ Buat ku rasa lagi rajin nak masak..lalalala

1. Bubur nasi + EBM
Cara masak :
a. Basuh beras perang secukupnya
b. Toskan air & masak dalam kuali tanpa minyak, untuk keringkan beras sebelum dikisar
c. Blend sampai hancur
d. Masak 4 sudu besar dalam periuk kecil, selebihnya simpan utk kegunaan dimasa hadapan
e. Kacau sampai masak & tapis
f. Masukkan EBM secukup rasa  & sedia utk dimakan
g. Kalau nak bekukan, tak perlu masukkan EBM dahulu.

2. Apple puree
Cara masak:
a. Ambil 2 biji epal yang sedap & manis
b. Kupas kulit & potong dadu
c. Rebus dalam air yang sedikit @ stimkan -> ikut suka, asalkan jadi lembut. Kalau rebus, air rebusan jangan buang sebab khasiat suma ada dalam air. Oleh itu gunakan air yang sedikit sahaja.
d. Blend
e. Sedia untuk di makan. Lebihan boleh dibekukan utk stok makanan

3. Pisang + EBM
Cara masak :
a. Blend pisang
b. Tambah dengan EBM, sedia untuk dimakan
c. Resepi ni tak sesuai utk dibekukan sebab pisang yang dikisar akan teroksida & bertukar warna
-> Aqeel kerap poo poo bila makan, jadi mummy dah serik tak kasi makan

4. Puri labu
Cara masak:
a. Potong labu bentuk kiub & bersihkan
b. Rebus sampai lembut
c. Lenyek & sedia utk dimakan.

Ok, time's up! nanti sambung~

Wednesday, February 09, 2011

sedey lagi~

aqeel merajuk semalam..bila mummy panggil, dia buat tak tau & pandang arah lain..alahaiii anakku~
Otw pegi keje, dia relax je dok dlm car seat, siap bleh tdo lagi..Tapi apa yg paling tak boleh lupa, aqeel tenung je mummy lamaaaa sebelum dia tido. tak tahu apa yang dia fikir..huhuhu
Sampai rumah pengasuh, aqeel nangis bila mummy nak keluar.Tak sampai hati, dukung dia pujuk-pujuk. Lepas letak atas tilam, mummy terus keluar & dengar aqeel dah mula nangis semula..aduhaii..rasa nak amek EL je pagi tadi..
Aqeel oh aqeel..mummy pegi keje cari rezeki utk kita sekeluarga..Aqeel jangan nangis lagi ye sayang~ huhu

Monday, February 07, 2011

baik baik sayang~


Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang
 Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

baik-baik sayang by wali band.

mood sedih & tertekan  hari nih sebab aqeel terpaksa dihantar ke pengasuh baru memandangkan makcik ku diserang demam campak.Oleh kerana tanak aqeel berjangkit, haruslah dipindahkan segera..huhu..dia sudah kenal org, jadinya nangis teruk smp kuar hingus..oh mummy sgt sedih~~

Wednesday, February 02, 2011

solid food~

Aqeel sudah seminggu lebih makan bubur nasi beras perang. Minggu pertama, lunch dia makan bubur nasi + fresh EBM yang diperah secara manual pagi2 sebelum gerak pegi 'sekolah aqeel'. Lepas seminggu dia nampak ok, makan pon selera, poo poo pon lancar je, mummy tambah plak dengan carrot & broccoli.
Jadi, sekarang lunch aqeel makan bubur nasi + carrot, dinner makan bubur nasi+broccoli..Seronok suapkan aqeel sebab nampak gaya dia suka makan sebab masa suap tak henti2 dia buat bunyi..sedap kot :p
Tima kasih kat papa sebab tolong mummy tapiskan bubur nasi aqeel sebab kalo mummy nak buat aqeel pon sibuk nak tolong juga.Agaknye sebab hari2 mummy ckp kat aqeel 'bila dah besar, aqeel rajin2 tolong mummy okeh' :p
Lepas ni nak try labu, bayam & keledek plak, tgk response dia camne :D kalau buah-buahan, aqeel layan aje makan banana milk, tapi kerap sgt plak poo poo lepas tu. Try apple plak, he loves it to the last! haha seronoknye~~
Lagi satu, hobi baru aqeel adalah g playground. Dia sangat seronok okkeyy tgk bdk2 lari berkeliaran main basikal. Rutin kitorg kalo g sblm sampai rumah, main buaian dulu pastu dok kat gelongsor pusing2 ada satu benda mcm bentuk silinder. Nampak aqeel seronok sebab dia dah boleh tolak mende tu & pastu mende tu pusing sendrik. Tapikan sekarang musim hujan, kadang2 je dapat g..huhu..meragam laa si comel nih kalo tak bawak keluar seharian dok terperap dlm rumah.
mummy, can we go to the playground today?

weee~~ seronoknye!!

Thursday, January 27, 2011

autumnz bottle

Okeh, cter pasal stok EBM, currently I'm using autumnz BPA free bottle & autumnz liner..Liner nih agak senang nak guna sebab jenis ziplock. Senang tak payah nak ikat2..
Tapi perhatikan perbezaan dibawah, satu tulisan terang, satu lagi tak berapa nak nampak sebab tulisan tu diembossed

Kiri botol baru, kanan botol lama...


sila abaikan jumlah EBM tu okeh :p
ya~ perbezaanye adalah yang belah kiri tu adalah botol autumnz yang baru, n belah kanan tu adalah yang lama..diorg dh tukar design sket kot sebab sealing disc & penutup bagi botol baru nih pon lagi tebal berbanding yang lama.. Yang baru nih dulu beli kat Baby fair kat Midvalley, murah saja RM 30 utk 10 botol. Biasa jual kat littlewhiz RM38.90. Botol ni sangat dicadangkan utk pengguna Medela sebab 'leher' botol nih sesuaii sgt tak longgar pon pakai dgn medela swing.
Kesimpulannya, senang guna botol lagi berbanding liner sebab pepagi tengah sibuk2 nak siap pegi kerja satu hal plak nak pindahkan EBM dari liner ke botol, pastu nak letak nombor lagi. Kalau guna botol senang saja puan-puan, tulis nombor kat botol pastu terus masuk cooler bag.

Wednesday, January 26, 2011

abis sudah~

30.Disember.2010..abis udah warranty keta chumil ini..sempat lagi nak amek masa meter tu cecah 999999km & 100000km..bermakna selepas nih boleh carik mana2 workshop yg xauthorised pon takpe, asalkan servis ok..setakat nih servis buat kat Geot Auto kat Jln 222, PJ..servis bagus & mechanics kat sana suma ramah tamah & takpayah nak tunggu sampai 1 hari utk servis.

90km/h kat Elite Highway, otw back home

the best pic, sebab masa nih aqeel dh kuar siren sket2 :p
tapi sejak balik dr kenduri aqiqah baby ameena harituh, ada bunyi2 masa pusing steering, jadi bergegaslah ke workshop kat Alam Megah. Nak buat tyre allignment & balancing je, tgk2 minyak power steering udah KERING! aduss..sape laa yg buat hal nih..check punye check....
switch yang rosak..nih laa penyebabnya leaking

ada minyak kat bhgn switch tu
 mende kat atas tu yg menjadi punca..adesss..sebab apa rosak wa pon tak tau..tanya kat Ah Lai tu pon dia tak tau, the best solution is tukar sahaja~
Oleh sebab nak tunggu sparepart nih sampai agak lewat, n ada kelas plak petang tu, Ah Lai dengan slumbernye menyuruh bawak saja keta dia..ahaaa~ keta mekanik, pepaham je laa..macam geli2 kelakar plak rasanya membawa stereng yg cumel & kenit..hahahah..dah get used after a few km, baru rasa OK :p
steering MOMO yang chumil itu~ dlm pic nmpk cam beso plak!
Petang tu pkl 4:45pm cecepat laa bergegas antar keta AhLai nak mengelak jln tersumbat dpn PROTON tu..sempat gak akhirnya g amek aqeel walaupon risau2 takut tak cukup EBM~ *sigh

Sunday, January 23, 2011

aqeel 6 months

owh sungguh sekejap masa berlalu..esok udah kena hantar aqeel ke klinik putrajaya utk imunisasi 6 bulan..rasa baru je hantar dia masa 5 bln harituh :D hopefully he will gain his weight..last visit, cuma naik 300g..ok laa kan at least graf tu menaik constantly, tak menurun ~

aqeel baru 3 hari diberi makan apple puree, tapi semalam agak risau sebab dia tak poo poo & malam dia agak meragam asyik kentut aje..kerisauan berakhir tghari ni lepas balik dr kenduri aqiqah anak kpd lebai @ fadzrol kat bdr bukit mahkota..aqeel udah poo poo, tapi nampak likat sket berbanding biasanya loose je~ esok harus ditanya kepada nurse..tapi pemakanan nye tetap diteruskan untuk mencukupkan '4 days rule'.

g kenduri aqiqah ameena farhah sgt best, food was awesome!macam2 ada, kari kambing yg sgt sedap,kari ayam, ayam goreng berempah, sayur campur, ikan talipia masak sambal & udang sambal..ade agar2 marble, salad & last tadi tak perasan apa yg ade..paling best, nih first time jumpa baby dhia zara anak kpd jd & tassnim, baby khaleesya anak kpd kuzer & keym..pastu ada juned,cik lebah,remy, jasmin & marwan..jasmin & keym expected baby on late april @ early may...comel je diorg~ ^^ kira kuzer bakal mendapat baby lagi laa..ter'accident' katanya..huhuhuhu

weekend yg hebat, kecuali papa aqeel selsema+batuk+demam sket, aqeel sehat je lepas passing virus kat mummy & papa..mummy dah sembuh, kalo tak susah gak nak menjaga 2 hero nih..

btw, aqeel sgtlah menunggu masa petang untuk g taman permainan..dia dh pandai nak main buaian wooo..woow wooo..petang jumaat haritu sampai sini tgk tak hujan, terus bawak dia ke taman permainan..main buaian dgn baju kurung, feeling career woman plak! adeshhh..ptg nih kalo tak hujan harusssslah angkut satu family g situ, jln2 makan angin ptg2 :D

Wednesday, January 19, 2011

my lil hero is 6 months today!!!

Alhamdulillah, syukur kpd Allah SWT di atas anugerah ini. Aqeel Ashraf genap 6 bln harini, bermakna genap 6 bln juga dia fully bf..walaupun byk dugaan & cabaran, tapi telah berjaya diharungi, bermula dari hari pertama Aqeel lahir melalui pembedahan. Bayangkan kat spital gomen, suma handle sendrik. Terasa macam baru je lagi hari 1st bersama Aqeel, mummy berusaha nak susukan Aqeel walaupun dlm keadaan tak boleh bgn..Kuasa Allah SWT yg bagi kekuatan untuk menghadapi semua dugaan, dari menyusukan,g emergency room sbb mummy kena urine tract infection,berjaga malam & macam2 lagi lah!...
Aqeel Ashraf 1st day..sepet je mata dia kenitt aje :D
Aqeel dlm pantang, comel sgt tdo dgn lesung pipit dedua belah kat pipi^^

senyum2 mimpi besh

uuu..gambar feveret mummy, sebab aqeel sgt chumil!

hari ke 20, mummy nak gak botakkan kepala Aqeel

mummy, Aqeel dh botak!

otw nak balik ke Saujana Putra, tak abeh pantang lagi neh..mummy nak jln2 carik baju raya Aqeel :p
Mummy nak jaga Aqeel Ashraf on my own way..Memang macam2 petua & nasihat org bagi, mummy dengar semua tapi mummy amek yang perlu & sesuai dengan kehendak mummy saja~ haha..biarkan org nak kata apa sebab AQEEL ASHRAF ANAK MUMMY ~ agak poyo la statement, tapi mummy memang degil! every child is special & different..jadi jgn samakan aqeel dgn mereka suma okay!

Aqeel udah 6 bln, jadi aku harus menambah usaha bagi makan solid food..hanya yang berkhasiat & homemade food saja~ aku dh tetapkan azam untuk bagi makanan yang berzat utk aqeel, takpe laa masak utk aqeel, utk husband kekadang je takpe :p akan berusaha untuk KATAKAN TIDAK PADA MAKANAN 'READY MADE' YANG BYK KAT PASARAN!

Banyak kaedah utk memudahkan bagi solid food kpd baby, terutama bagi org yang keje makan gaji mcm aku neh..Tapi kena rajin buat research laa..

ok..happy 6 months old utk Aqeel Ashraf kesayangan mummy!

Monday, January 17, 2011

sedey~

melayan perasaan plak harinih, mood mendung sama mcm cuaca..
aisshhh..
apa2 pon, Aqeel Ashraf is my PRIORITY, mummy will protect u from any harm~
let it go, let it be, let it be..
YOU'RE FORGIVEN BUT NOT FORGOTTEN!

Thursday, January 13, 2011

welcome to the world~

Welcome to da family ^^ baby girl yang lahir pada 02012011 kat HUKM. Nama baby nih Aireesya Qistina, skang dok pantang kat umah nenek diorg..harini lps 11 hari berat dia naik 3.2 kg. Kena demam kuning sket2 adalah, tapi kira ok laa..
Yang paling best, mama baby neh pon fully bf gak, susu byk smp skang stok dia ade 30 bekas dadih yg tinggi tu, biasa kalo aku guna bekas nih boleh simpan 3~4oz..isk rugi tak pump byk2 masa dlm pantang dulu.

Macamana pon alhamdulillah dapat gak fully & exclusively bf aqeel sampai sekarang dh 5 bln 3 minggu 2 hari umurnye^^ sangat seronok.

Saturday, January 01, 2011

new year pancake

baru lepas breakfast homemade pancake..tak lengkap tanpa maple syrup yg best, cuma ada kaya & butter.
resepi cam entry sblm nih, cuma dikurangkan sukatan sebab telur tinggal 2 biji, sebiji telur ayam, sebiji lagi telur itik..telur itik kang hanyir semacam plak takbley makan kan :D
tapi overally, pancake tu sodap n boleh try sendiri~ nyum2

aktiviti tahun baru adalah melepak kat umah,hubby layan PS & mummy layan aqeel..dah makin lasak dia nih, nak main je

tahun baru 2011

azam2 nih lenkali laa cter..yang penting mau makan pancake esok hari 01.01.2011 haha
nih jumpak resepi pancake, tapi tak tau menjadi ke tak

uu sedapnye~~huhu





Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum atau tepung serba berdiri serbaguna
2 cawan susu segar... gunalah susu HL atau susu ducthlady... jenama susu tidak menjamin keberhasilan pancake anda
2 biji telur
1 sudu besar gula
2 sudu teh serbuk penaik kalau tidak pancake tak gebu
1/2 sudu teh garam
sedikit mentega

Cara-caranya ialah

1. Pukul telur dan mentega kemudian campurkan tepung gandum, gula, serbuk penaik, garam dan susu. Pukul sehingga tiada ketulan-ketulan.

2. Gunakan non sticky pan dan sapukan sedikit minyak dan panaskan.

3. Dan masaklah pancake anda... balikkan pancake tersebut setelah timbul gelembung² udara. Masak sehingga kekuningan...

Hidangkan bersama maple syrup atau butter. Lebih sedap kalau ditambah dengan buah-buahan segar. Barulah terasa seperti omputih... selamat mencuba!
credit to http://suzikhai.blogspot.com/2010/02/resepi-pancake.html

Adekah esok seorg lagi anak buah akan lahir?? nantikan~~