Alhamdulillah, Aqeel makin serasi n ok tinggal dengan pengasuh baru. Cuma masa nak tinggal kena alihkan pemandangan dia supaya tak nampak mummy nak tinggalkan dia kat situ *aishh sungguh manja anakku ini.
Harini Aqeel genap 6 bulan, 3minggu & 2 hari bermakna udah 3 minggu dan 2 hari la aqeel makan. Sungguh seronok suapkan dia makan sebab selera sangat ^^ Buat ku rasa lagi rajin nak masak..lalalala
1. Bubur nasi + EBM
Cara masak :
a. Basuh beras perang secukupnya
b. Toskan air & masak dalam kuali tanpa minyak, untuk keringkan beras sebelum dikisar
c. Blend sampai hancur
d. Masak 4 sudu besar dalam periuk kecil, selebihnya simpan utk kegunaan dimasa hadapan
e. Kacau sampai masak & tapis
f. Masukkan EBM secukup rasa & sedia utk dimakan
g. Kalau nak bekukan, tak perlu masukkan EBM dahulu.
2. Apple puree
Cara masak:
a. Ambil 2 biji epal yang sedap & manis
b. Kupas kulit & potong dadu
c. Rebus dalam air yang sedikit @ stimkan -> ikut suka, asalkan jadi lembut. Kalau rebus, air rebusan jangan buang sebab khasiat suma ada dalam air. Oleh itu gunakan air yang sedikit sahaja.
d. Blend
e. Sedia untuk di makan. Lebihan boleh dibekukan utk stok makanan
3. Pisang + EBM
Cara masak :
a. Blend pisang
b. Tambah dengan EBM, sedia untuk dimakan
c. Resepi ni tak sesuai utk dibekukan sebab pisang yang dikisar akan teroksida & bertukar warna
-> Aqeel kerap poo poo bila makan, jadi mummy dah serik tak kasi makan
4. Puri labu
Cara masak:
a. Potong labu bentuk kiub & bersihkan
b. Rebus sampai lembut
c. Lenyek & sedia utk dimakan.
Ok, time's up! nanti sambung~
2 comments:
Wah... bagusnye... nanti ifah cilok skit bila baby dah lahir ye :D
Salam, thanks for joining our mini giveaway. All the best!!
Post a Comment