Monday, February 14, 2011

resepi makanan aqeel

Alhamdulillah, Aqeel makin serasi n ok tinggal dengan pengasuh baru. Cuma masa nak tinggal kena alihkan pemandangan dia supaya tak nampak mummy nak tinggalkan dia kat situ *aishh sungguh manja anakku ini.
Harini Aqeel genap 6 bulan, 3minggu & 2 hari bermakna udah 3 minggu dan 2 hari la aqeel makan. Sungguh seronok suapkan dia makan sebab selera sangat ^^ Buat ku rasa lagi rajin nak masak..lalalala

1. Bubur nasi + EBM
Cara masak :
a. Basuh beras perang secukupnya
b. Toskan air & masak dalam kuali tanpa minyak, untuk keringkan beras sebelum dikisar
c. Blend sampai hancur
d. Masak 4 sudu besar dalam periuk kecil, selebihnya simpan utk kegunaan dimasa hadapan
e. Kacau sampai masak & tapis
f. Masukkan EBM secukup rasa  & sedia utk dimakan
g. Kalau nak bekukan, tak perlu masukkan EBM dahulu.

2. Apple puree
Cara masak:
a. Ambil 2 biji epal yang sedap & manis
b. Kupas kulit & potong dadu
c. Rebus dalam air yang sedikit @ stimkan -> ikut suka, asalkan jadi lembut. Kalau rebus, air rebusan jangan buang sebab khasiat suma ada dalam air. Oleh itu gunakan air yang sedikit sahaja.
d. Blend
e. Sedia untuk di makan. Lebihan boleh dibekukan utk stok makanan

3. Pisang + EBM
Cara masak :
a. Blend pisang
b. Tambah dengan EBM, sedia untuk dimakan
c. Resepi ni tak sesuai utk dibekukan sebab pisang yang dikisar akan teroksida & bertukar warna
-> Aqeel kerap poo poo bila makan, jadi mummy dah serik tak kasi makan

4. Puri labu
Cara masak:
a. Potong labu bentuk kiub & bersihkan
b. Rebus sampai lembut
c. Lenyek & sedia utk dimakan.

Ok, time's up! nanti sambung~

Wednesday, February 09, 2011

sedey lagi~

aqeel merajuk semalam..bila mummy panggil, dia buat tak tau & pandang arah lain..alahaiii anakku~
Otw pegi keje, dia relax je dok dlm car seat, siap bleh tdo lagi..Tapi apa yg paling tak boleh lupa, aqeel tenung je mummy lamaaaa sebelum dia tido. tak tahu apa yang dia fikir..huhuhu
Sampai rumah pengasuh, aqeel nangis bila mummy nak keluar.Tak sampai hati, dukung dia pujuk-pujuk. Lepas letak atas tilam, mummy terus keluar & dengar aqeel dah mula nangis semula..aduhaii..rasa nak amek EL je pagi tadi..
Aqeel oh aqeel..mummy pegi keje cari rezeki utk kita sekeluarga..Aqeel jangan nangis lagi ye sayang~ huhu

Monday, February 07, 2011

baik baik sayang~


Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang
 Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

baik-baik sayang by wali band.

mood sedih & tertekan  hari nih sebab aqeel terpaksa dihantar ke pengasuh baru memandangkan makcik ku diserang demam campak.Oleh kerana tanak aqeel berjangkit, haruslah dipindahkan segera..huhu..dia sudah kenal org, jadinya nangis teruk smp kuar hingus..oh mummy sgt sedih~~

Wednesday, February 02, 2011

solid food~

Aqeel sudah seminggu lebih makan bubur nasi beras perang. Minggu pertama, lunch dia makan bubur nasi + fresh EBM yang diperah secara manual pagi2 sebelum gerak pegi 'sekolah aqeel'. Lepas seminggu dia nampak ok, makan pon selera, poo poo pon lancar je, mummy tambah plak dengan carrot & broccoli.
Jadi, sekarang lunch aqeel makan bubur nasi + carrot, dinner makan bubur nasi+broccoli..Seronok suapkan aqeel sebab nampak gaya dia suka makan sebab masa suap tak henti2 dia buat bunyi..sedap kot :p
Tima kasih kat papa sebab tolong mummy tapiskan bubur nasi aqeel sebab kalo mummy nak buat aqeel pon sibuk nak tolong juga.Agaknye sebab hari2 mummy ckp kat aqeel 'bila dah besar, aqeel rajin2 tolong mummy okeh' :p
Lepas ni nak try labu, bayam & keledek plak, tgk response dia camne :D kalau buah-buahan, aqeel layan aje makan banana milk, tapi kerap sgt plak poo poo lepas tu. Try apple plak, he loves it to the last! haha seronoknye~~
Lagi satu, hobi baru aqeel adalah g playground. Dia sangat seronok okkeyy tgk bdk2 lari berkeliaran main basikal. Rutin kitorg kalo g sblm sampai rumah, main buaian dulu pastu dok kat gelongsor pusing2 ada satu benda mcm bentuk silinder. Nampak aqeel seronok sebab dia dah boleh tolak mende tu & pastu mende tu pusing sendrik. Tapikan sekarang musim hujan, kadang2 je dapat g..huhu..meragam laa si comel nih kalo tak bawak keluar seharian dok terperap dlm rumah.
mummy, can we go to the playground today?

weee~~ seronoknye!!