Friday, July 21, 2006

totem tantra

PERTAMA
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan. ( ALLAH swt kasi rezeki utk dikongsi dgn org yg perlukn..bukan utk njoy katak sendrian..btoi tak?)

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua. (Aku tak kawin lg tak tau tp mmg lg besh kalo bleh kongsi n ckp ape2 isu pn..tak sunyi dunia nih..*wink)

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu? (Toksah percaya sgt gak mende ape yg baca kat internet..baca bleh nk caya ikut sukahati korg..berbelanja jgn joli katak n jgn tdo smp matahari naik..kalo winter tdo lama takpe sbb matahari lambat naik..ihiks)

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah. (amik quote ct..no comment..muhahaha..sama mcm quote kalo dh memancing ikan, jgn lepaskn ikan tuh balik ke laut sbb nnt ikan tuh sakit,lama-lama mati sbb luka kene mata kail..)

KELIMA
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya. (harus...)

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.(ct tunang seminggu jerk..:P)

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.(impian satu harapan..jgn gelakkn org nyer impian..kecuali aa dier mengimpikan nk carik doraemon ker..tu bley gelak golek2)

KETUJUH
Percayailah cinta pandang pertama.(isk..aku tak caya!suka pandang pertama bleh terima kot..)

KESEMBILAN
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini. (aku setuju 100% ..hehehe..hakikat woo)

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar. (jgn baling periuk @ senduk..balinglah bantal ke ape2 mende yg lembut supaya takde org masuk wad..)

KESEBELAS
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.(mereka adalah mereka..keluarga mereka adalah keluarga mereka...kan lain tuh..)

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.(pintar pintas..pk cepat guna kepala bkn guna lutut...)

KETIGABELAS
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?" (quote ct lg..NO COMMENT..bley tak? ihiks)

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar. ( nih pn sokong 100%..takde kejayaan tanpa pengorbanan.walau pengorbanan tahi mata @ korban lemak bdn..:P)

KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.(aku tak pehe..)

KETUJUHBELAS
Berpeganglah kepada tiga R:
Rasa hormat pada diri sendiri;
Rasa hormat kepada orang lain;
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.
(sokong gaks..)

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.(aku setuju gaks..byk dh pk dlm2 psal mende nih....insaf2)

KESEMBILANBELAS
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu. (jgn tunggu smp esok..)

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar. (aku sengeh kerang wangi..hehe)

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.(mase ngantuk gler balik dr lib. pas abis xam..muhahahha)

~dpt totem nih dr fwd mail..aku tak caya fwd mende nih bleh kasi ape ntah dier ckp..cuma tertarik ngan isi kandungan dier..ape kata korang lak..

No comments: