Thursday, September 29, 2011

Teamviewer..apakah???

ok nak ceciter sket pasal software nih. Diperkenalkan oleh en.halil yang datang sama dalam kursus DACUM ni. Software ini amat berguna jika working in a group, dan perlukan perbincangan & edit dokumen. Lebih kepada PnP (peer to peer) sharing. Gunakan encik google utk software. Free software sajer~ layanz


 


DACUM vs DASCUM

DACUM (Develop a curriculum) adalah proses yang dibuat untuk membangunkan NOSS oleh JPK. Di adaptasi dari teknik yang diguna pakai di USA. Melibatkan beberapa sesi iaitu sesi pembangunan NOSS(National Occupational Skills Standard), LWA, COS(Course of study) & WIM(Written Instructional Material).

DASCUM (Develop a standard & curriculum) adalah proses BARU yang dibuat untuk menambahbaik sistem DACUM yang sedia ada.Proses yang dah diubahsuai adalah produk Malaysia berdasarkan sistem DACUM yang telah diamalkan. Proses diringkaskan kepada 2 sesi sahaja iaitu

1. Sesi pertama – melibatkan expert panel, dokumen disediakan adalah JPC(Job profile chart) & CP (Competency profile)

2. Sesi kedua – melibatkan expert panel & pengajar, dokumen disediakan ialah CoCU (Curriculum of competency unit)

Proses DASCUM dibangunkan mengikut level, bukan lagi mcm dulu dimana semua level yang terlibat dibangunkan secara serentak.

Personally, I prefer DASCUM sebab dalam zaman teknologi yang cepat berubah pendekatan ini adalah yang terbaik. It's centralized & lebih menjimatkan masa kerana selepas sesi kedua tamat, jabatan boleh terus bersedia dengan WIM. Disamping itu, dalam Job profile chart yang dibangunkan semasa sesi pertama mempunyai core & elective skills yang diperlukan untuk menjadi seorang yang competent dalam bidang tersebut. Isi kandungan dalam DASCUM boleh digunakan terus untuk dijadikan modul bagi industri & bagi pelatih digunakan untuk pelajar belajar SKM dari tahap 1 hingga 5.

wahahaha..masuk pulak bab kerja. saja nak ceciter nanti boleh jadi reference bila terlupa^^

Wednesday, September 28, 2011

KURSUS SANA SINI

KURSUS PEMBANGUNAN DAN FASILITATOR DACUM SIRI 12/2011

Kursus ni berlangsung dari 25-30 September 2011 di Hotel Crystal Crown Harbour View, Port Klang. Memula macam blury, tapi bila dah dengar taklimat baru tahu apekah kursus ini. Korang penah dengar NOSS? bukan NOSE ye!

Bagi yang terlibat dengan industri skills training provider, NOSS bukanlah satu nama yang asing. NOSS adalah singkatan dari National Occupational Skills Standard yang menjadi panduan mengenai pekerjaan & kemahiran yang sesuai. Bila bangunan NOSS nih expert panel dari industri akan di panggil bagi semua input yang terlibat & seorang fasilitator yang berkemahiran akan bertanggungjawab untuk membimbing expert panel nih tentang sistem dalam NOSS.
Ok enuff say about kursus. Mummy berulang alik dari rumah ke hotel sebab
1. Tak jauh sangat
2. Tak bleh tinggal Aqeel..sian anak mummy :p
walaupun bilik agak best, ade bath tub n swimming pool, mummy balik gak rumah sebab home sweet home..ecehhh

pssttttttttt....stok EBM ku kembali pada normal. Alhamdulillah..ada lagi rezeki Aqeel :D

Monday, September 19, 2011

lagi cter bestday + open house raya!!

owh cuti 3 hari seronoknye!! Open house di sana sini~ tahun nih tak ada plan nak buat open house sebab malasss...hahaha..macam takde mood nak organize ..takpe tahun dpn ada lagi insyallah...
jumaat lepas g open house kat kuartes nih pegi seremban plop, sempat round 3 buah rumah..suma member papa~ hari sabtu plop lepas g hq shaklee kat empire subang, kitorang serbu bestday party + open house kat rumah hani di putra heights..
sungguh comel decoration utk bestday boy, Aarief Danish..sebenarnya aarief lahir sehari lepas Aqeel...kira sebaya laa diorg berdua nih..
shomelll & best laa combination hijau + biru..
aarief adalah 'kipas susah mati' pocoyo, jadi tema diorg adalah pocoyo laa~
mummy Aqeel & mummy Aarief
birthday party yg sangat meriah & besh! Aqeel seronok main icing kat cupcakes shomeell :D Decoration oleh http://creativegeniusprints.com/blog/ . Boleh buat customized based on our request..Menarikss
balik dari putra height, kitorang balik rumah kemas barang & zassss pegi batang kali + rawang plak..gi rawang untuk hantar vits shaklee utk abang sulung..mudah-mudahan dimurahkan rezekinya dengan zuriat..insyaallah..sama-sama doa untuk dia okehh

Monday, September 12, 2011

Happy birthday to us! saengilchukha chukha~ :p

Alhamdulillah masih di beri nafas utk hidup di bumi Allah SWT selama 28 tahun.. uiks? ulang balik? 28 tahun..wahahaha..banyak nyeee~ lagi 2 tahun nak masuk 3 series :p
Apapun, tahniah kepada my twin sister http://ultramin12.blogspot.com/ yang telah selamat melahirkan baby boy pada 11/9/2011..dapat hadiah besar katanya, 'kek' seberat 3.6kg! haha..tak berjaya dia nak lahir secara normal, terpaksa melalui pembedahan gak.. kitorang adik beradik perempuan ada 5 orang, sorang je yang berjaya melahirkan anak secara normal, tu pon sebab anak dia dedua perempuan. Yang 4 orang lagi ni (termasuk laa saye!!!) sebab anak lelaki kena lahir secara ceaser!Adik ku ini gak mengambil set Shaklee juga untuk berpantang memandangkan percubaan aku utk kurus tak berjaya dengan set bersalin *R..huhu..yang bestnya, dah sebulan lebih makan shaklee nih aku telah berjaya menurunkan berat sebanyak 3kg..dari 75kg(sebelum bersalin) berat turun 65kg selepas bersalin. Pastu menten sampai laa aku jumpa shaklee..hehe..skang target nak sampai 55kg :D 10 kg to go! Aja! Aja!
Hadiah bestday papa dah bagi mummy sebelum raya lagi..muhehee..mekasihh papa :p Terima kasih juga sebab belanja makan tadik kat Secret Recipe Jusco Bkt Tinggi..Gambar takde sebab ntah napa Aqeel terlebih minum susu dia bantai muntah plak sebelum makanan sampai..Kira tu hadiah birthday Aqeel utk mummy laa erk :p

Friday, September 02, 2011

Selamat Hari Raya!!

Selamat hari raya semuaa!! Owh raya tahun nih kitorang sekeluarga beraya macam biasa di Negeri Sembilan. Kampung mummy & papa sebelah2 je, kejap lari sana, kejap lari sini..sampai along kata kitorang ngelat buat keje..hahahaha..tak kisah laa..
Yang tak best pasal baju raya..sadis sungguh kisahnya gara-gara tukang jahit yang tamak haloba..isk! lain kali kalau tak mampu nak siapkan tempahan, bagitau awal-awal supaya boleh laa kitorang buat backup lain..Ni tak berdalih-dalih dengan memacam alasan, nak pendekkan cerita pagi raya pukul 6 pagi baru dapat. Tapi bukan baju dah siap, dapat kain pasang tu tak berusik langsung! huh..teruk betul laa. Spoiled mood mak nak beraya tau!
Lepas gi ziarah kubur arwah ayah, kitorang balik rumah papa plak..Di sebabkan family in law nak balik kampung diorang kat perak, mummy & papa balik semula ke rumah..hehe..
Tragedi di hari raya adalah punya laa beria mak masak pagi raya tu lontong & kuah kacang, jadi basi plak lontong tu lepas maghrib..huhu..Tu mummy punya pasal sebab tak panaskan lontong tu sampai menggelegak..Nak cover line punya pasal, remain silent laa~ at last kantoi gak..hihi
'Hari raya tak boleh marah-marah kan!' :P Gambar raya upload later k!
Yang bestnye, mummy dah loss 3 kg..weeee~~ n spare tyre pon dah loss 2 inch :p berkat makan shaklee set B + lecithin laa nih...gumbira nyeeee~