Thursday, September 29, 2011

Teamviewer..apakah???

ok nak ceciter sket pasal software nih. Diperkenalkan oleh en.halil yang datang sama dalam kursus DACUM ni. Software ini amat berguna jika working in a group, dan perlukan perbincangan & edit dokumen. Lebih kepada PnP (peer to peer) sharing. Gunakan encik google utk software. Free software sajer~ layanz


 


DACUM vs DASCUM

DACUM (Develop a curriculum) adalah proses yang dibuat untuk membangunkan NOSS oleh JPK. Di adaptasi dari teknik yang diguna pakai di USA. Melibatkan beberapa sesi iaitu sesi pembangunan NOSS(National Occupational Skills Standard), LWA, COS(Course of study) & WIM(Written Instructional Material).

DASCUM (Develop a standard & curriculum) adalah proses BARU yang dibuat untuk menambahbaik sistem DACUM yang sedia ada.Proses yang dah diubahsuai adalah produk Malaysia berdasarkan sistem DACUM yang telah diamalkan. Proses diringkaskan kepada 2 sesi sahaja iaitu

1. Sesi pertama – melibatkan expert panel, dokumen disediakan adalah JPC(Job profile chart) & CP (Competency profile)

2. Sesi kedua – melibatkan expert panel & pengajar, dokumen disediakan ialah CoCU (Curriculum of competency unit)

Proses DASCUM dibangunkan mengikut level, bukan lagi mcm dulu dimana semua level yang terlibat dibangunkan secara serentak.

Personally, I prefer DASCUM sebab dalam zaman teknologi yang cepat berubah pendekatan ini adalah yang terbaik. It's centralized & lebih menjimatkan masa kerana selepas sesi kedua tamat, jabatan boleh terus bersedia dengan WIM. Disamping itu, dalam Job profile chart yang dibangunkan semasa sesi pertama mempunyai core & elective skills yang diperlukan untuk menjadi seorang yang competent dalam bidang tersebut. Isi kandungan dalam DASCUM boleh digunakan terus untuk dijadikan modul bagi industri & bagi pelatih digunakan untuk pelajar belajar SKM dari tahap 1 hingga 5.

wahahaha..masuk pulak bab kerja. saja nak ceciter nanti boleh jadi reference bila terlupa^^

Wednesday, September 28, 2011

KURSUS SANA SINI

KURSUS PEMBANGUNAN DAN FASILITATOR DACUM SIRI 12/2011

Kursus ni berlangsung dari 25-30 September 2011 di Hotel Crystal Crown Harbour View, Port Klang. Memula macam blury, tapi bila dah dengar taklimat baru tahu apekah kursus ini. Korang penah dengar NOSS? bukan NOSE ye!

Bagi yang terlibat dengan industri skills training provider, NOSS bukanlah satu nama yang asing. NOSS adalah singkatan dari National Occupational Skills Standard yang menjadi panduan mengenai pekerjaan & kemahiran yang sesuai. Bila bangunan NOSS nih expert panel dari industri akan di panggil bagi semua input yang terlibat & seorang fasilitator yang berkemahiran akan bertanggungjawab untuk membimbing expert panel nih tentang sistem dalam NOSS.
Ok enuff say about kursus. Mummy berulang alik dari rumah ke hotel sebab
1. Tak jauh sangat
2. Tak bleh tinggal Aqeel..sian anak mummy :p
walaupun bilik agak best, ade bath tub n swimming pool, mummy balik gak rumah sebab home sweet home..ecehhh

pssttttttttt....stok EBM ku kembali pada normal. Alhamdulillah..ada lagi rezeki Aqeel :D

Monday, September 19, 2011

lagi cter bestday + open house raya!!

owh cuti 3 hari seronoknye!! Open house di sana sini~ tahun nih tak ada plan nak buat open house sebab malasss...hahaha..macam takde mood nak organize ..takpe tahun dpn ada lagi insyallah...
jumaat lepas g open house kat kuartes nih pegi seremban plop, sempat round 3 buah rumah..suma member papa~ hari sabtu plop lepas g hq shaklee kat empire subang, kitorang serbu bestday party + open house kat rumah hani di putra heights..
sungguh comel decoration utk bestday boy, Aarief Danish..sebenarnya aarief lahir sehari lepas Aqeel...kira sebaya laa diorg berdua nih..
shomelll & best laa combination hijau + biru..
aarief adalah 'kipas susah mati' pocoyo, jadi tema diorg adalah pocoyo laa~
mummy Aqeel & mummy Aarief
birthday party yg sangat meriah & besh! Aqeel seronok main icing kat cupcakes shomeell :D Decoration oleh http://creativegeniusprints.com/blog/ . Boleh buat customized based on our request..Menarikss
balik dari putra height, kitorang balik rumah kemas barang & zassss pegi batang kali + rawang plak..gi rawang untuk hantar vits shaklee utk abang sulung..mudah-mudahan dimurahkan rezekinya dengan zuriat..insyaallah..sama-sama doa untuk dia okehh

Monday, September 12, 2011

Happy birthday to us! saengilchukha chukha~ :p

Alhamdulillah masih di beri nafas utk hidup di bumi Allah SWT selama 28 tahun.. uiks? ulang balik? 28 tahun..wahahaha..banyak nyeee~ lagi 2 tahun nak masuk 3 series :p
Apapun, tahniah kepada my twin sister http://ultramin12.blogspot.com/ yang telah selamat melahirkan baby boy pada 11/9/2011..dapat hadiah besar katanya, 'kek' seberat 3.6kg! haha..tak berjaya dia nak lahir secara normal, terpaksa melalui pembedahan gak.. kitorang adik beradik perempuan ada 5 orang, sorang je yang berjaya melahirkan anak secara normal, tu pon sebab anak dia dedua perempuan. Yang 4 orang lagi ni (termasuk laa saye!!!) sebab anak lelaki kena lahir secara ceaser!Adik ku ini gak mengambil set Shaklee juga untuk berpantang memandangkan percubaan aku utk kurus tak berjaya dengan set bersalin *R..huhu..yang bestnya, dah sebulan lebih makan shaklee nih aku telah berjaya menurunkan berat sebanyak 3kg..dari 75kg(sebelum bersalin) berat turun 65kg selepas bersalin. Pastu menten sampai laa aku jumpa shaklee..hehe..skang target nak sampai 55kg :D 10 kg to go! Aja! Aja!
Hadiah bestday papa dah bagi mummy sebelum raya lagi..muhehee..mekasihh papa :p Terima kasih juga sebab belanja makan tadik kat Secret Recipe Jusco Bkt Tinggi..Gambar takde sebab ntah napa Aqeel terlebih minum susu dia bantai muntah plak sebelum makanan sampai..Kira tu hadiah birthday Aqeel utk mummy laa erk :p

Friday, September 02, 2011

Selamat Hari Raya!!

Selamat hari raya semuaa!! Owh raya tahun nih kitorang sekeluarga beraya macam biasa di Negeri Sembilan. Kampung mummy & papa sebelah2 je, kejap lari sana, kejap lari sini..sampai along kata kitorang ngelat buat keje..hahahaha..tak kisah laa..
Yang tak best pasal baju raya..sadis sungguh kisahnya gara-gara tukang jahit yang tamak haloba..isk! lain kali kalau tak mampu nak siapkan tempahan, bagitau awal-awal supaya boleh laa kitorang buat backup lain..Ni tak berdalih-dalih dengan memacam alasan, nak pendekkan cerita pagi raya pukul 6 pagi baru dapat. Tapi bukan baju dah siap, dapat kain pasang tu tak berusik langsung! huh..teruk betul laa. Spoiled mood mak nak beraya tau!
Lepas gi ziarah kubur arwah ayah, kitorang balik rumah papa plak..Di sebabkan family in law nak balik kampung diorang kat perak, mummy & papa balik semula ke rumah..hehe..
Tragedi di hari raya adalah punya laa beria mak masak pagi raya tu lontong & kuah kacang, jadi basi plak lontong tu lepas maghrib..huhu..Tu mummy punya pasal sebab tak panaskan lontong tu sampai menggelegak..Nak cover line punya pasal, remain silent laa~ at last kantoi gak..hihi
'Hari raya tak boleh marah-marah kan!' :P Gambar raya upload later k!
Yang bestnye, mummy dah loss 3 kg..weeee~~ n spare tyre pon dah loss 2 inch :p berkat makan shaklee set B + lecithin laa nih...gumbira nyeeee~

Monday, August 22, 2011

Mummy, Aqeel & Shaklee

haa..apekah tajuk tu? :p
ceriteranya bermula apabila aqeel berumur 11 bulan ++ gitu...stok EBM udah abes ya kak! Puncanya adalah kerana mummy asyik termissed pumping session. Bz kalah menteri gituu!! heh . Aqeel plak masa tu tak tau la growth spurt ke ape, minum 15 oz sehari. Kalau menyimpan pepatahnya 'sikit sikit, lama lama jadi bukit', tapi kalo stok EBM plak 'sikit sikit amek stok, lama2 stok membukit jadi padang gondol'..huhu gitu lah ceritanya~
Lepas tu mula laa menggelabah mencari milk booster. Antaranya

1. Air longan @ air mata kucing (bukan mata harimau!)
nih yang fresh..yg ku beli cuma dalam tin sajorr..
2. Soya
Bergelen2 udah ku minum..tempe pon makan juga hari2 kat kedai nasi lemak
3. Barli
Air barli sodap..nih pon banyak gak minum


4. Alfalfa
Ni la alfalfa sprout. Rasa macam taugeh, tapi lagi halus..skali je beli pastu tak lalu makan dah!
5. Lobak putih
Buat sup campur dgn ikan bilis + kiub ayam, tapi lelama tak bley makan sudahhh
Memula memang berkesan, tapi lelama dah immune..jadinya tak berkesan dah. Hati pon makin risau gundah gulana memikirkan apekah solution utk menambah susu buat si Aqeel ku yg comel lagi manja~ Akhirnya, dengan pertolongan pakcik gugel, terjumpa lah si SHAKLEE nih..
Sebenarnya lama dah baca pasal shaklee nih tapi rasa cam tak perlu & ingatkan harga mahal giler..Memanglah ada makan vitamin gak, tapi cap Blackmore, bukan cap ayam ye.. Memang amek kalsium, fish oil & vit C, sumanye cap Blackmore nih.. Tapi, setelah mencuba set B (breastfeeding) si Shaklee nih, terasalah perubahan diri ini..(ayat tak bleh blah!)
Serius woo..sebelum nih memang susah  nak bangun pagi, tapi lepas beberapa hari consume badan terasa segar bangun pagi pon takde masalah. Lunch time, boleh balik kemas2 rumah..dan yang paling penting, EBM menjadi likat pekat kekadang ade kaler kehijauan sket akibat pil alfalfa neh (bukan pil kuda ye kekawan)
Lepas try set B terasa perubahan, teringin plak nak makan ESP (Energizing Soy Protein) sebab bulan ramadhan bakal menjelma. Memula bancuh dengan air begitu sahaja, rasanya pergghh tak sodap! Tapi lepas dapat menu yang sesuai digandingkan bersama ESP nih, memang tak lengkap hidup sehari tak merasa ESP neh. Ok laa..ape rupanye si Shaklee nih, sila tgk gambar di bawah okk
Ni la dia full set B nih
Harga? tak laa mahal sgt kalo dah dibahagi dengan jumlah hari consume semua supplement nih..Kalo nak boleh pm ataupon kalo rajin nak gi beli sendiri kat HQ Shaklee kat Empire Subang sana tu boleh email aie012@gmail.com. Sambil soping2 raya boleh singgah takde hal :p okehh

Eh lupa plak..Hari nih Aqeel Ashraf Bin Salehudin chenta hati penyejuk mata nih udah 1 tahun 1 bulan! Alhamdulillah terima kasih Ya Allah..Mudah-mudahan murah rezeki Aqeel & dipermudahkan perjalanan hidupnya sentiasa mendapat keberkatan dari Mu..Aminnnn

Sunday, August 07, 2011

hari ke 6 di bulan ramadhan

alhamdulillah diberi kesempatan bertemu ramadhan tahun ni. Tahun lepas masa ni sedang berpantang,tengah stuggle untuk sesuaikan diri menjadi mummy :p
Honestly,puasa tahun lepas tak habis berganti lagi.Sebab apa? Sebab tak tahan lapar sangat memandangkan masih lagi fully bf n aktif mengepam di pejabat.
Tapi alhamdulillah setelah mummy jumpa something,masalah settle~ boleh puasa sudah! :p

Saturday, August 06, 2011

testing

percubaan utk menghapdate dari nokia e71.semalam cuba tak berjaya plak..adess sejak aqeel udah setahun ni susah nak blogging kat rumah sebab dia makin lasak n perlukan 100% attention.malam plak tido nak polok2 alahai si bujang sayang ni..sementara kecik ni la boleh nak gomol2 dah besar nanti dia segan plak kan :p

Friday, July 22, 2011

Happy birtday my lil prince!

Aqeel Ashraf dah setahun! Terasa cepat masa berlalu, pejam celik pejam celik dah besar anak bujang nih!
So far, his milestone is normal just like another baby
1. He can bye-bye when we say 'Aqeel, bye~'
2. He can points her little finger to anything/anywhere he wants; if he wants to sleep he'll just point this finger to our bedroom
3. He can say 'pa-pa','de-de' n even say 'ma-mih' when he's mad..hahahhaa
4. He's not a picky eater. Buah, sayur, nasi suma makan!
5. He has 6 gigi - 4 kat atas (besar macam arnab!), 2 kat bawah
6. He understand when we call his name
7. He will jerit/nangis terus when we take something from his hand
8. Tido lambat n bangun bila terasa mummy takde~ haissh manja btol!
9. Still fully breastfeeding. Insyaallah will continue until he turns 2..
10. Aqeel dah boleh berjalan, with a support from furnitures, bakul kain & dinding. Dia tak berani lagi nak lepas tangan~ takpe, mummy can wait :D

lagi tak ingat dah. :p yang penting he's growing stronger, smarter & healthier day by day ^^ mommy & papa loves u very much!
Aqeel Ashraf 1st passport photo. Taken when he was 11 months old

Wednesday, May 25, 2011

owh bersawang nye~

Lama sudah tak update, bz sesangat, eh org lain pon bz jugak :p

Aqeel sudah 10 bln 3 hari :D semakin bijak & banyak akal & lasak dan juga makan banyak!
Alhamdulillah dia masih lagi fully bf, cuma mummy kena lebih berusaha utk tidak skip jadual supaya stok sentiasa cukup.

Baru-baru nih saja2 cuba nasib dapat pulak menang Snuggbaby cloth diaper giveaway~ walla! teruja sekejap bila dapat cloth diaper. Sebenarnya dah lama nak cuba guna CD, tapi nak master pasal BF dulu. Sekarang mungkin dah boleh cuba-cuba giteww.. Based on info yang dapat, memang menjimatkan guna CD nih. Tapi hubby kata, kalo dah mula guna CD, mummy bawak trend baru plak dlm family. Sebenarnya mr hubby cakap camtu sebab bila mummy dah berjaya (setakat nih) fully BF Aqeel, semua adik beradik & in law pon nak buat jugak! Berusahalah sebab BF adalah sesuatu yang menguntungkan semua pihak walaupon kadang-kadang rasa letih jugak.

Berbalik kpd Snuggbaby, dah lama aku admire dgn hasil kerja dia. Nak tgk? http://www.snuggstudio.com/
Berkenan sgt2 dengan design baby carrier. Punca berminat dgn baby carrier adalah sebab Aqeel tak sepanjang masa nak duduk dalam stroller kalau gi jalan-jalan. Letih jugak nak mendukung dia dengan berat 7.7kg. Naik muscle lengan :p Dengan adanya carrier nih, Aqeel pon boleh tido dengan lena, aku plak selesa je nak bawak. Tapi yang dibeli harituh bukanlah dari snugg nih sebab urgent sangat nak guna, terpaksa beli dari jumpsac baby. Kalau ada rezeki lagi, nak je beli lagi satu dari snugg plak.. Berbaloi walaupon mahal sket sebab boleh pakai sampai 3 thn :D Nanti bila senang aku upload gambar Aqeel using this baby carrier. OK~ da..

Monday, February 14, 2011

resepi makanan aqeel

Alhamdulillah, Aqeel makin serasi n ok tinggal dengan pengasuh baru. Cuma masa nak tinggal kena alihkan pemandangan dia supaya tak nampak mummy nak tinggalkan dia kat situ *aishh sungguh manja anakku ini.
Harini Aqeel genap 6 bulan, 3minggu & 2 hari bermakna udah 3 minggu dan 2 hari la aqeel makan. Sungguh seronok suapkan dia makan sebab selera sangat ^^ Buat ku rasa lagi rajin nak masak..lalalala

1. Bubur nasi + EBM
Cara masak :
a. Basuh beras perang secukupnya
b. Toskan air & masak dalam kuali tanpa minyak, untuk keringkan beras sebelum dikisar
c. Blend sampai hancur
d. Masak 4 sudu besar dalam periuk kecil, selebihnya simpan utk kegunaan dimasa hadapan
e. Kacau sampai masak & tapis
f. Masukkan EBM secukup rasa  & sedia utk dimakan
g. Kalau nak bekukan, tak perlu masukkan EBM dahulu.

2. Apple puree
Cara masak:
a. Ambil 2 biji epal yang sedap & manis
b. Kupas kulit & potong dadu
c. Rebus dalam air yang sedikit @ stimkan -> ikut suka, asalkan jadi lembut. Kalau rebus, air rebusan jangan buang sebab khasiat suma ada dalam air. Oleh itu gunakan air yang sedikit sahaja.
d. Blend
e. Sedia untuk di makan. Lebihan boleh dibekukan utk stok makanan

3. Pisang + EBM
Cara masak :
a. Blend pisang
b. Tambah dengan EBM, sedia untuk dimakan
c. Resepi ni tak sesuai utk dibekukan sebab pisang yang dikisar akan teroksida & bertukar warna
-> Aqeel kerap poo poo bila makan, jadi mummy dah serik tak kasi makan

4. Puri labu
Cara masak:
a. Potong labu bentuk kiub & bersihkan
b. Rebus sampai lembut
c. Lenyek & sedia utk dimakan.

Ok, time's up! nanti sambung~

Wednesday, February 09, 2011

sedey lagi~

aqeel merajuk semalam..bila mummy panggil, dia buat tak tau & pandang arah lain..alahaiii anakku~
Otw pegi keje, dia relax je dok dlm car seat, siap bleh tdo lagi..Tapi apa yg paling tak boleh lupa, aqeel tenung je mummy lamaaaa sebelum dia tido. tak tahu apa yang dia fikir..huhuhu
Sampai rumah pengasuh, aqeel nangis bila mummy nak keluar.Tak sampai hati, dukung dia pujuk-pujuk. Lepas letak atas tilam, mummy terus keluar & dengar aqeel dah mula nangis semula..aduhaii..rasa nak amek EL je pagi tadi..
Aqeel oh aqeel..mummy pegi keje cari rezeki utk kita sekeluarga..Aqeel jangan nangis lagi ye sayang~ huhu

Monday, February 07, 2011

baik baik sayang~


Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang
 Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

baik-baik sayang by wali band.

mood sedih & tertekan  hari nih sebab aqeel terpaksa dihantar ke pengasuh baru memandangkan makcik ku diserang demam campak.Oleh kerana tanak aqeel berjangkit, haruslah dipindahkan segera..huhu..dia sudah kenal org, jadinya nangis teruk smp kuar hingus..oh mummy sgt sedih~~

Wednesday, February 02, 2011

solid food~

Aqeel sudah seminggu lebih makan bubur nasi beras perang. Minggu pertama, lunch dia makan bubur nasi + fresh EBM yang diperah secara manual pagi2 sebelum gerak pegi 'sekolah aqeel'. Lepas seminggu dia nampak ok, makan pon selera, poo poo pon lancar je, mummy tambah plak dengan carrot & broccoli.
Jadi, sekarang lunch aqeel makan bubur nasi + carrot, dinner makan bubur nasi+broccoli..Seronok suapkan aqeel sebab nampak gaya dia suka makan sebab masa suap tak henti2 dia buat bunyi..sedap kot :p
Tima kasih kat papa sebab tolong mummy tapiskan bubur nasi aqeel sebab kalo mummy nak buat aqeel pon sibuk nak tolong juga.Agaknye sebab hari2 mummy ckp kat aqeel 'bila dah besar, aqeel rajin2 tolong mummy okeh' :p
Lepas ni nak try labu, bayam & keledek plak, tgk response dia camne :D kalau buah-buahan, aqeel layan aje makan banana milk, tapi kerap sgt plak poo poo lepas tu. Try apple plak, he loves it to the last! haha seronoknye~~
Lagi satu, hobi baru aqeel adalah g playground. Dia sangat seronok okkeyy tgk bdk2 lari berkeliaran main basikal. Rutin kitorg kalo g sblm sampai rumah, main buaian dulu pastu dok kat gelongsor pusing2 ada satu benda mcm bentuk silinder. Nampak aqeel seronok sebab dia dah boleh tolak mende tu & pastu mende tu pusing sendrik. Tapikan sekarang musim hujan, kadang2 je dapat g..huhu..meragam laa si comel nih kalo tak bawak keluar seharian dok terperap dlm rumah.
mummy, can we go to the playground today?

weee~~ seronoknye!!

Thursday, January 27, 2011

autumnz bottle

Okeh, cter pasal stok EBM, currently I'm using autumnz BPA free bottle & autumnz liner..Liner nih agak senang nak guna sebab jenis ziplock. Senang tak payah nak ikat2..
Tapi perhatikan perbezaan dibawah, satu tulisan terang, satu lagi tak berapa nak nampak sebab tulisan tu diembossed

Kiri botol baru, kanan botol lama...


sila abaikan jumlah EBM tu okeh :p
ya~ perbezaanye adalah yang belah kiri tu adalah botol autumnz yang baru, n belah kanan tu adalah yang lama..diorg dh tukar design sket kot sebab sealing disc & penutup bagi botol baru nih pon lagi tebal berbanding yang lama.. Yang baru nih dulu beli kat Baby fair kat Midvalley, murah saja RM 30 utk 10 botol. Biasa jual kat littlewhiz RM38.90. Botol ni sangat dicadangkan utk pengguna Medela sebab 'leher' botol nih sesuaii sgt tak longgar pon pakai dgn medela swing.
Kesimpulannya, senang guna botol lagi berbanding liner sebab pepagi tengah sibuk2 nak siap pegi kerja satu hal plak nak pindahkan EBM dari liner ke botol, pastu nak letak nombor lagi. Kalau guna botol senang saja puan-puan, tulis nombor kat botol pastu terus masuk cooler bag.

Wednesday, January 26, 2011

abis sudah~

30.Disember.2010..abis udah warranty keta chumil ini..sempat lagi nak amek masa meter tu cecah 999999km & 100000km..bermakna selepas nih boleh carik mana2 workshop yg xauthorised pon takpe, asalkan servis ok..setakat nih servis buat kat Geot Auto kat Jln 222, PJ..servis bagus & mechanics kat sana suma ramah tamah & takpayah nak tunggu sampai 1 hari utk servis.

90km/h kat Elite Highway, otw back home

the best pic, sebab masa nih aqeel dh kuar siren sket2 :p
tapi sejak balik dr kenduri aqiqah baby ameena harituh, ada bunyi2 masa pusing steering, jadi bergegaslah ke workshop kat Alam Megah. Nak buat tyre allignment & balancing je, tgk2 minyak power steering udah KERING! aduss..sape laa yg buat hal nih..check punye check....
switch yang rosak..nih laa penyebabnya leaking

ada minyak kat bhgn switch tu
 mende kat atas tu yg menjadi punca..adesss..sebab apa rosak wa pon tak tau..tanya kat Ah Lai tu pon dia tak tau, the best solution is tukar sahaja~
Oleh sebab nak tunggu sparepart nih sampai agak lewat, n ada kelas plak petang tu, Ah Lai dengan slumbernye menyuruh bawak saja keta dia..ahaaa~ keta mekanik, pepaham je laa..macam geli2 kelakar plak rasanya membawa stereng yg cumel & kenit..hahahah..dah get used after a few km, baru rasa OK :p
steering MOMO yang chumil itu~ dlm pic nmpk cam beso plak!
Petang tu pkl 4:45pm cecepat laa bergegas antar keta AhLai nak mengelak jln tersumbat dpn PROTON tu..sempat gak akhirnya g amek aqeel walaupon risau2 takut tak cukup EBM~ *sigh

Sunday, January 23, 2011

aqeel 6 months

owh sungguh sekejap masa berlalu..esok udah kena hantar aqeel ke klinik putrajaya utk imunisasi 6 bulan..rasa baru je hantar dia masa 5 bln harituh :D hopefully he will gain his weight..last visit, cuma naik 300g..ok laa kan at least graf tu menaik constantly, tak menurun ~

aqeel baru 3 hari diberi makan apple puree, tapi semalam agak risau sebab dia tak poo poo & malam dia agak meragam asyik kentut aje..kerisauan berakhir tghari ni lepas balik dr kenduri aqiqah anak kpd lebai @ fadzrol kat bdr bukit mahkota..aqeel udah poo poo, tapi nampak likat sket berbanding biasanya loose je~ esok harus ditanya kepada nurse..tapi pemakanan nye tetap diteruskan untuk mencukupkan '4 days rule'.

g kenduri aqiqah ameena farhah sgt best, food was awesome!macam2 ada, kari kambing yg sgt sedap,kari ayam, ayam goreng berempah, sayur campur, ikan talipia masak sambal & udang sambal..ade agar2 marble, salad & last tadi tak perasan apa yg ade..paling best, nih first time jumpa baby dhia zara anak kpd jd & tassnim, baby khaleesya anak kpd kuzer & keym..pastu ada juned,cik lebah,remy, jasmin & marwan..jasmin & keym expected baby on late april @ early may...comel je diorg~ ^^ kira kuzer bakal mendapat baby lagi laa..ter'accident' katanya..huhuhuhu

weekend yg hebat, kecuali papa aqeel selsema+batuk+demam sket, aqeel sehat je lepas passing virus kat mummy & papa..mummy dah sembuh, kalo tak susah gak nak menjaga 2 hero nih..

btw, aqeel sgtlah menunggu masa petang untuk g taman permainan..dia dh pandai nak main buaian wooo..woow wooo..petang jumaat haritu sampai sini tgk tak hujan, terus bawak dia ke taman permainan..main buaian dgn baju kurung, feeling career woman plak! adeshhh..ptg nih kalo tak hujan harusssslah angkut satu family g situ, jln2 makan angin ptg2 :D

Wednesday, January 19, 2011

my lil hero is 6 months today!!!

Alhamdulillah, syukur kpd Allah SWT di atas anugerah ini. Aqeel Ashraf genap 6 bln harini, bermakna genap 6 bln juga dia fully bf..walaupun byk dugaan & cabaran, tapi telah berjaya diharungi, bermula dari hari pertama Aqeel lahir melalui pembedahan. Bayangkan kat spital gomen, suma handle sendrik. Terasa macam baru je lagi hari 1st bersama Aqeel, mummy berusaha nak susukan Aqeel walaupun dlm keadaan tak boleh bgn..Kuasa Allah SWT yg bagi kekuatan untuk menghadapi semua dugaan, dari menyusukan,g emergency room sbb mummy kena urine tract infection,berjaga malam & macam2 lagi lah!...
Aqeel Ashraf 1st day..sepet je mata dia kenitt aje :D
Aqeel dlm pantang, comel sgt tdo dgn lesung pipit dedua belah kat pipi^^

senyum2 mimpi besh

uuu..gambar feveret mummy, sebab aqeel sgt chumil!

hari ke 20, mummy nak gak botakkan kepala Aqeel

mummy, Aqeel dh botak!

otw nak balik ke Saujana Putra, tak abeh pantang lagi neh..mummy nak jln2 carik baju raya Aqeel :p
Mummy nak jaga Aqeel Ashraf on my own way..Memang macam2 petua & nasihat org bagi, mummy dengar semua tapi mummy amek yang perlu & sesuai dengan kehendak mummy saja~ haha..biarkan org nak kata apa sebab AQEEL ASHRAF ANAK MUMMY ~ agak poyo la statement, tapi mummy memang degil! every child is special & different..jadi jgn samakan aqeel dgn mereka suma okay!

Aqeel udah 6 bln, jadi aku harus menambah usaha bagi makan solid food..hanya yang berkhasiat & homemade food saja~ aku dh tetapkan azam untuk bagi makanan yang berzat utk aqeel, takpe laa masak utk aqeel, utk husband kekadang je takpe :p akan berusaha untuk KATAKAN TIDAK PADA MAKANAN 'READY MADE' YANG BYK KAT PASARAN!

Banyak kaedah utk memudahkan bagi solid food kpd baby, terutama bagi org yang keje makan gaji mcm aku neh..Tapi kena rajin buat research laa..

ok..happy 6 months old utk Aqeel Ashraf kesayangan mummy!

Monday, January 17, 2011

sedey~

melayan perasaan plak harinih, mood mendung sama mcm cuaca..
aisshhh..
apa2 pon, Aqeel Ashraf is my PRIORITY, mummy will protect u from any harm~
let it go, let it be, let it be..
YOU'RE FORGIVEN BUT NOT FORGOTTEN!